Suspek kes bunuh pegawai AmBank ditahan polis

Akhbar-akhbar sebelum ini melaporkan Norazita, 37, maut di tempat kejadian selepas cedera parah di bahagian muka akibat ditembak dari jarak dekat dengan pump gun.

Pada 7 November lalu, lapan individu berusia 22 dan 44 tahun dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek utama disambung reman 14 hari bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, semua ditahan disambung reman mengikut Akta Imigresen kerana memiliki MyKad palsu. Antara yang ditahan adalah isteri, adik ipar, adik kandung dan beberapa rakan sekerja kepada suspek.

Harian Metro pada 30 Oktober lalu melaporkan, 11 individu dipercayai ada kaitan dengan pengawal keselamatan menembak mati pegawai AmBank sebelum melarikan wang tunai RM450,00 ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar negeri ini dan Johor.

Suspek kes bunuh pegawai AmBank berkenaan kini ditahan reman tujuh hari bermula semalam.

Ulasan