Mimpi mendedahkan tentang kesihatan anda


Skrinshot berita di Mail Online (pautan di Tweets).

Menurut orang tua-tua atau orang-orang tua, mimpi membawa maksud tertentu, kadangkala menggembirakan dan kadangkala membimbangkan.

Saintis pula berpendapat bahawa mimpi boleh mendedahkan tentang kesihatan anda.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kemaskini:

Antara yang terkandung dalam berita ialah sekiranya kita sering bermimpi buruk, menurut saintis, berkemungkinan kita mempunyai masalah jantung, migrain atau tidak mendapat tidur yang cukup.

Sekiranya kita lebih banyak bermimpi dari biasa, berkemungkinan kerana hormon, tidur dalam keadaan yang terlebih panas atau terlalu sejuk pada waktu malam dan mungkin juga kita sedang menghadapi sakit kronik.

Jika kita bermimpi diserang atau dikejar berkemungkinan ianya tanda awal masalah saraf.

Dan jika bermimpikan impian seksual, menurut saintis, bermakna ada peningkatan kreativiti pada diri kita.

Allahu a'lam.

Ulasan