Kegilaan melayan smartfon..

Ada pendapat yang mengatakan kegilaan melayan smatfon atau tablet boleh mengubah seluruh aktiviti sosial seseorang, menjarakkan hubungan sesama kawan dan berbagai lagi.

Bagi ku.. betul le tu. Aku tau sebab aku pun dah terlibat sama. Pantang ada masa terluang sikit, belek henfon. Kalau tak blog, twitter. Atau gugel sana gugel sini. Kekadang asyik ambik gambar nak buat modal berblog. Mngalahkan wartawan. Kalau malam-malam buta di rumah sambil baring pun pegang henfon. Bukan bermain henfon kerana tak boleh tidur tapi tak tidur kerana bermain henfon.

Macam sekarang, kerja dah siap, sepatutnya aku buat kerja lain atau kalau takpun terus pulang ke rumah relaks-relaks melayan anak bini. Ini tidak. Beli roti dan bungkus teh tarik, duduk kat tepi kilang.. berblog (ni aku tengah taip ni).

Adakah perbuatan aku ini salah? Tentu tidak. Adakah aku sedang memperagakan satu stail kehidupan yang normal? Yang ni susah nak kata sebab definasi kehidupan yang normal itu sendiri, orang yang normal malah keluarga yang normal berbeza-beza mengikut sudut.

Kita ambil harimau sebagai contoh (Harimau??! Ini je idea yang saat ni ku ada untuk kaitkan dengan topik). Harimau membunuh dan membaham rusa yang tidak berdaya melawan. Perbuatannya kejam. Tapi adakah harimau telah melakukan kesalahan? Ya atau tidak, perbuatan harimau tu normal dan semulajadi. Tak mungkin harimau makan daun untuk meneruskan kehidupannya.

Err.. apa pulak sampai ke harimau aku melalut. Dah lah. Kepada yang sudi meluangkan masa dan membaca hingga ke ayat ni, aku ucap terimakasih. Dan harap maaf sebab aku sendiri pun tak pasti apa point dan moralnya entri ku yang paling panjang pernah ku kirim dari tempat kerja ke blog ini, setakat ini. Hampir sejam aku duduk kat tepi kayu.

Okay.. aku nak ambik gambar, kemas-kemas spanar, balik.



Published with Blogger-droid v2.0.10

Ulasan