Hujan lebat

Thrill betul la memandu semasa nak balik tadi. Pelan je aku bawak keta. Hujan turun dengan lebat selebat-lebatnya. Angin bertiup kencang. Dah lah lampu kereta aku tak berapa nak menyuluh, malap je, hari pulak dah gelap. Jalan hampir tak kelihatan. Mungkin nak kena tukar lampu LED.

Sampai di bt 7 Jalan Bakri, aku ternampak kabel letrik di tepi jalan memercikkan api. Phh.. macam satu pertunjukan bunga api. Tapi aku tak le berhenti untuk menyaksikan bunga api tak sengaja tu. Bukan kerana aku tak kesah tapi aku rasa adalah merbahaya untuk aku tiba-tiba memberhentikan kereta di tepi jalan di saat hujan lebat begitu.

Sampai di rumah hingga lah cerita ni ku blog, hujan masih lagi turun dengan lebat.

Published with Blogger-droid v2.0.10
Kemaskini:
Tak sah le kalau entri takda gambar hiasan.

#Desktopop.com

Ulasan