Tutup pulak!


Laa.. tutup pulak.

Published with Blogger-droid v2.0.10
Kemaskini:

Pada hari Khamis lepas aku baraikan sebuah mesin 'tenon' di kilang perabut ni. Banyak yang nak direpair. Hampir dua hari aku kerjakan. Tukar bearing, tukar stud, godek sana godek sini.

Petang semalam tak ke kilang tersebut tapi ke kilang lain. Dia punya tauke telefon kata: "hari Isnin mesti mau siap itu mesin". Aku jawab ok, aku akan siapkan repair pada hari minggu, keesokan harinya (hari ni).

Tapi bila aku sampai tengahari tadi, pintu pagar kilang tertutup berkunci. Tak nampak pun sorang pekerja.

Aku telefon taukenya kata (acah je): "Lu punya kilang tutup ni hari. Orang semua cuti. Ni macam saya mau balik. Esok baru saya lagi datang."

"Nantinantinanti!! Nanti saya call saya punya orang buka itu pintu", jawab tauke kilang tersebut.

Lebih kurang lima belas minit kemudian datang la seorang pekerja Nepal membuka pintu pagar.

Dengan dibantu oleh anak ku yang darjah enam tu (tolong angkat dan kemas spanar), aku terus buat kerja. Lebih kurang pukul 6.30 ptg, siap.

Ulasan