Selepas bergambar, wanita ditanduk badak sumbu


Hanya sejurus selepas gambar ini dirakam, sepasang suami isteri berkenaan diserang oleh salah seekor badak sumbu yang berada di situ. Tanduk badak sumbu menembusi dada dari belakang wanita terbabit, menyebabkan kecederaan pada paru-paru dan patah beberapa tulang rusuk. Kejadian berlaku di sebuah kawasan hutan simpan 25 batu dari Johannesburg.

Wanita terbabit telah dimasukkan ke unit rawatan rapi dan dikatakan berada dalam keadaan stabil.
#The Telegraph

Ulasan