Selasa, 14 Oktober 2014

Pokok kelapa bercabang tiga


Uniknya pokok kelapa ini, ia bercabang tiga. Terletak di Kampung Parit Bugis, Muar (Pt. No. 4, Jln Yusuf).


Tinggi menjulang. Lebih tinggi dari pokok kelapa biasa.


Tak berapa heran lah bagi ku, kerana pokok kelapa ini terletak di kampung bersebelahan dengan kampung ku. Telah berulang kali aku melihatnya, sejak aku bebudak lagi. Bagi yang belum pernah nampak, tentu lah akan agak terkejut dan merasa kagum bila buat pertama kali melihatnya. Kena akui, memang luar biasa. Subhanallah.

- Hah! Aku dapat idea nak ubah pembayang satu pantun klasik..

Parit Yusuf ke Parit Tengah
  Pokok kelapa bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
  Budi yang baik dikenang juga


Best kan? Kepada yang satu daerah dengan aku tentu tahu di mana tempat-tempat tersebut. Ada pasar Rabu di Pekan Parit Yusuf dan ada pasar hujung minggu di Parit Tengah.

Dan pokok kelapa bercabang tiga.. tuu, gambarnya kat atas.

Okay, sampai di sini dulu. Selamat berinternet dan hepi-hepi selalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan