Xperia Z1 Compact photo samples

Sebelum ini aku guna henfon Xperia V. Akan tetapi oleh kerana baterinya yang dah kong dan standby modenya tinggal cuma kurang sehari semalam setelah bateri dicas penuh, aku telah meng'trade-in' henfon ku itu dengan Xperia Z1 Compact.

Di bawah, beberapa gambar yang ku rakam guna Xperia Z1 Compact. Gambar-gambar telah ku 'resize' ke 30 persen di Microsoft Paint sebelum ku upload kerana sais fail asalnya yang ku kira terlalu besar untuk diletakkan di blog. Setiap satu gambar 20.7M piksel dari Z1 compact boleh menjangkau hampir ke 7MB.

Biarpun sais failnya lebih besar, pada pandangan ku, kesempurnaannya tak jauh beza berbanding gambar dari Xperia V. Malah, fokus auto dari jarak dekat (macro) Xperia V terasa lebih baik dari Xperia Z1 Compact! Phh.. nyesal pulak aku menlego Xperia V aku tu.. huhuhu.


Normal mode. 20.7MP.


Superior auto mode. 8MP.


Superior auto mode. 8MP.


Superior auto mode. 8MP.


Normal mode. 15.5MP


Normal mode. 15.5MP


Normal mode. 20.7MP.


Normal mode. 20.7MP. Kesemua gambar dirakam dengan flash off. Tiada edit lain selain di'resize'.

Yang kat bawah ni gambar terdahulu, dari Xperia V. Gambar dekat. Normal mode. 13MP.


Klik gambar, biar jelas.

- Aku bukan seorang jurukamera/jurugambar.. cuma suka main-main dengan kamera henfon.

Ulasan