Rabu, 27 Ogos 2014

Sesibur tersenyum

Tadi petang aku ke semak-samun tak jauh di depan bengkel. Macam biasa, reronda nak ambik gambar.

Maka terjumpa la oleh ku seekor sesibur. Apa lagi, aku pun ambik gambar. Tup-tup sesibur tu terbang lalu hinggap di atas bunga lalang yang sangat hampir di depan ku. Tak sampai setengah meter. Aku segera menghalakan kamera henfon ku ke arah sesibur tersebut dengan jarak tak sampai pun 1 kaki. Dan sesibur tu tak terbang! Relaks je, macam dia posing pulak untuk aku. Aku pun ambik gambar sekali lagi.

Lak.. baru sekejap tadi bila aku perhati gambar, aku dapati, rupa-rupanya sesibur tu tersenyum! Betul la dia suka digambar.

Tak caya cer tengok gambar-gambar di bawah, yang ku rakam petang tadi.




Tak ke senyum sesibur ni? Klik gambar, biar jelas.

- Tak tipu: Gambar asli. Takde la ditambah atau di'photoshop'. Cuma di'auto contrast' dan 'crop' di Picasa 3, di'resize' di Microsoft Paint.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan