Ulat bulu

Teringat zaman bebudak dulu, bermain sorok-sorok bersama kawan-kawan. Ada satu ketika tu aku menyorok di belakang rumah. Di tepi semak aku mencangkung. Tiba-tiba lutut ku terasa panas, bagai dicucuh api rokok. Aku yang terkejut dengan segera berdiri dan melihat apa yang menyebabkan lutut ku berasa sakit.

Seekor ulat bulu! Rupa-rupanya semasa aku mencangkung, lutut ku telah menyentuh seekor ulat bulu yang sedang bertenggek di atas daun di semak tu. Phh! Nasib baik kesannya tak serius. Hanya beberapa minit kemudian rasa sakitnya hilang.

Sehingga kini aku fobia bila tengok ulat bulu, terutama yang macam di bawah ni. Hii.. naik bulu roma.


Hati-hati. Ulat bulu ni menyengat.

Klik gambar, biar jelas.

Ulasan