Ular sawa makan orang


Gambar seekor ular sawa yang dikatakan telah menelan seorang manusia tersiar di internet dengan cerita yang berbeza-beza. Mana satu yang benar?

Pada awal bulan Jun 2013 gambar ini menjadi popular di Facebook dengan kenyataan yang mendakwa bahawa ular ini menelan seorang wanita berhampiran Durban Utara, Afrika Selatan.

Walau bagaimanapun, kenyataan itu tentu saja palsu kerana imej yang sama telah muncul dalam konteks yang berbeza pada sekitar September 2012. Gambar dipost ke Facebook dengan dakwaan bahawa ular terbabit menelan seorang lelaki mabuk yang tertidur di jalan. Kemudian cerita lain muncul pada bulan Januari 2013, mendakwa bahawa gambar itu diambil di Jakarta dan dikatakan ular telah menelan seorang lelaki semasa banjir.

Di versi lain, yang dicatatkan pada Mac 2013, mendakwa bahawa ular menelan seorang pakar ular yang membawa ular berkenaan di bahagian belakang vannya, dalam perjalanan ke makmal untuk rawatan. Akan tetapi, tiada pun salah satu cerita-cerita ini disokong oleh mana-mana berita rasmi yang boleh dipercayai atau laporan polis. Di versi Jakarta turut dipaparkan imej kedua, imej ngeri menggambarkan mangsa malang yang dikeluarkan dari perut ular. Tetapi, tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan bahawa mayat itu adalah berkaitan dengan ular yang digambarkan.

Ada cerita yang mendakwa bahawa ular berkenaan ditangkap di Guyana, tetapi tidak merujuk kepada bahawa ianya telah menelan seseorang.

#Hoax-Slayer

Ulasan